Ditubuhkan pada tahun 2009, kami merupakan sebuah syarikat Melayu Bumiputera yang berpengalaman dalam industri katering dan peruncding acara dan kemudian beralih kepada pembekalan ternakan, dengan fokus utama kepada lembu dan kambing berkualiti tinggi.
Hampir dua dekad beroperasi, kami telah membangunkan rangkaian pelanggan yang setia dan kali ini kami berkembang melalui kerjasama bersama ladang sahabat penternak di Selangor, Kelantan dan Terengganu. Rangkaian ini membolehkan kami memastikan bekalan yang konsisten, terjamin kualitinya, serta memenuhi piawaian penternakan yang baik.
Kami menyediakan perkhidmatan pemborong dan pembekal dan penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, meliputi pelbagai segmen pelanggan termasuk individu, perniagaan, serta institusi bagi tujuan komersial dan ibadah seperti korban dan aqiqah.
Dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, kami komited untuk menjadi rakan pembekal yang dipercayai—mengutamakan ketelusan, kecekapan, dan kepuasan pelanggan dalam setiap urusan.
Visi
Menjadi peneraju pembekalan ternakan Bumiputera yang berdaya saing dan dipercayai di peringkat nasional.
Misi
Menyediakan ternakan berkualiti tinggi dengan piawaian yang konsisten
Memperkukuh rangkaian ladang dan rakan penternak strategik
Memberikan perkhidmatan profesional yang cekap dan berintegriti
Nilai Teras
Integriti. Kualiti. Komitmen.
