Polisi Pemulangan Haiwan dan Pengembalian Wang

Tempahan

Pihak kami hanya menganggap tempahan berlaku sah apabila ternakan lembu dan/atau kambing telah dipilih, dan deposit telah dibayar kepada akaun rasmi kami sahaja.

Sebaik sahaja ternakan tiba, pelanggan yang menempah perlu memeriksa ternakan sama ada hadir sendiri dan/atau melihat video dan seterusnya membuat bayaran penuh sebelum ternakan lembu atau kambing tersebut dibekalkan dan/atau dihantar kepada pelanggan.

Haiwan tidak akan dilepaskan kepada pelanggan sehingga bayaran telah jelas diterima di dalam akaun rasmi kami, dan sekiranya tiada pembayaran diterima, dalam tempoh 7 hari daripada tarikh lembu telah siap sedia dihantar, pihak kami berhak menjual lembu dan/atau kambing tersebut kepada pihak ketiga bagi mengelakkan kerugian termasuk penyakit dan ketiadaan pembeli.

Pemulangan

Pembekalan lembu dan kambing sebagai ternakan hidup mempunyai risiko tertentu dan hanya lembu yang sakit dan/atau mati sebelum dan/atau semasa penghantaran sahaja akan digantikan dengan haiwan ternakan yang sama, dan tiada pemulangan wang akan diberikan, termasuk kepada pelanggan yang membatalkan tempahan sama ada kerana tidak membayar atau apa jua sebab.

Pihak kami akan membayar kembali wang pelanggan tertakhluk kepada bagi tempahan pelanggan yang tidak dapat disempurnakan sahaja seperti kekurangan lembu atau kambing.

Pembatalan

Tiada sebarang pembatalan boleh dibuat atas apa jua sebab selepas tempahan telah dibuat dan setelah depossit dibayar.

Mana-mana pembatalan di pihak pelanggan adalah batal. dan tidak sah.